Friday, October 23, 2009

.: Inspiring Da'wah, Leading The Ummah :.

Assalamualaikum sahabat2 yg di muliakan Allah,

Dgn rasa rendah dirinya, sy ingin menjemput sahabat-sahabat mahasiswa/mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan sahabat-sahabat mahasiswa/mahasiswi universiti berdekatan untuk menghadiri ke


ANNUAL GENERAL MEETING MA'RUF CLUB
23 OKTOBER 2009
8.00 MALAM
EXPERIMENTAL HALL, UIAM GOMBAK






Mari kita bersama-sama menghadirkan diri kita

" INSPIRING DA'WAH LEADING THE UMMAH "

.: www.soutul-haqqani.blogspot.com :.

Friday, September 18, 2009

Antara Ramadhan dan Syawal

Assalamualaikum sahabat-sahabat yg di muliakan Allah,

Ramadhan yg di cari, adakah kita berlumba-lumba mendapatkan ganjaran dariNya, yang kaya membantu setakat yang terdaya, dan yang tiada menerima dan bersyukur.
Pertengahan ramadhan, hamba-hambamu di atas muka bumi ini, ada yg bersolat, ada yg bertarawikh, ada yg bertadarus, ada yg bertasbih, ada yg berqiam, mencari dan meminta keampunanMu Ya Allah.




Malam-malam terakhir ramadhan, ramai hambaMu mengejar dan mencari diantara malam..malam lailatul qadar..malam seribu bulan..malam yg di janjikan dgn rahmat-rahmat Allah..usia ini, harta dan kekayaan, kesihatan, tenaga, fikiran, ketenangan, keluarga dan anak-anak..semuanya adalah milikMu, bila-bila saja boleh di beri mahupun di ambil kembali olehMu..Adakah nanti diketemukan olehNya? Kecilnya diri ini..kerdilnya diri ini..sungguh besar pemberianMu Ya Allah..




Syawal pasti menjelma. Apakah nanti amalan kita diterima Allah..aku tidak tahu..Eidul Fitri menjelang tiba..Hatiku masih tertanya-tanya..

Ya Rabb, apakah nanti diterima olehMu?
Puasa kami?
Solat kami?
Amal kami?
Doa dan rayuan kami?
Sedekah kami?
Nilai ringgit zakat fitrah kami?

Di pagi lebaran yg indah, bila di pakai, semuanya serba baru bagi yg mampu..tapi, bagaimana pula di sekeliling kita? Adik beradik kita yg seagama dgn kita..saudara-saudara seagama dgn kita..mereka hanya mampu melihat kita..Apakah kita masih rasa ada INDAH nya?

Di pagi lebaran, GEMBIRA tidak terkira..apa yg di hajati semua di penuhi..simpan yg lama, tukar yg baru, semoga bertambah gembira di Hari Raya..Tapi, apakah kita benar-benar gembira dilubuk jiwa..bila melihat mereka yg kurang berupaya mendapatkannya..




Kereta di pandu selesa, bertemu sanak saudara..bila tiba hari raya..pertemuan sanak saudara mengeratkan perhubungan..yang jauh semakin dekat, yang dekat semakin mesra, yang mesra bertambah sayang..Tapi adakalanya, ada yg semakin renggang..semakin jauh, hilang mesra..kerana harta, kenderaan, dan pakaian di jadikan bualan serta ukuran kejayaan di hari lebaran..Apakah kita perlu kembali ke Ramadhan?

Semoga aidilfitri kali ini memberi seribu kelainan dan keinsafan buat kita semua..Ramadhan dan syawal yg sama setiap tahun..tapi mari kita cuba jadikan walaupun ramadhan dan syawal yg sama setiap tahun, tapi kita cuba lahirkan natijah yg berbeza buat diri kita semua..Minal Aidil Wal Fa’izin dari sy..sekadar perkongsian bersama..=)

Friday, July 3, 2009

UIAM Gombak dan Khalifah Camp II

Assalamualaikum kpd sahabat-sahabat yg di muliakan,


Pertamanya, jgn kita lupa dan jgn kita sesekali alpa untuk kita interpretasikan rasa syukur kita kpd Allah, Al-Khaliq yg telah menciptakan kita semua sebagai hambaNya di muka bumi ini, memberikan kita semua peluang untuk hidup dan memperhambakan diri kpdNya, alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..

Semenjak sy melangkahkan kaki ke tingkatan 1 di SMK Dato Haji Mohd Redza lagi, sy sudah memasang angan-angan dan cita-cita untuk menjejakkan kaki dan menyambung pelajaran sy di peringkat tertinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor Darul Ehsan..nama UIAM sering di sebut-sebut dan di puji-puji dalam kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah ketika itu..sy ketika itu yg masih mentah dan jahil tentang alam campus dan universiti ketika itu bertanya kpd guru kelas sy pd ketika itu iaitu Ustazah Hasnah. " Ustazah, apa yg bestnya kat UIAM tu ? " ustazah sy pun menjawab " dekat UIAM tu, ada ramai pelajar dari timur tengah, dari negara Arab Saudi, Sudan, Iraq, Mesir, Morocco, dan sebagainya. Diorang semua boleh cakap dalam bahasa arab. Taufiq masuk kelas aliran agama ni, sebab nak belajar bahasa arab kan? Belajar lah rajin2 ye, ustazah doakan supaya Taufiq pun dapat masuk UIAM suatu hari nanti ".





Itulah maklumat pertama yg sy tahu tentang UIAM. Semenjak dari saat itu, sy terus memasang cita-cita untuk memasuki dan belajar di UIAM..sy terus belajar dan belajar sehinggalah selepas PMR sy mendapat pula tawaran untuk menyambung pelajaran di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SMKA SHAMS)..Sebuah sekolah agama yg agak terkenal dan elit di Negeri Sembilan. Ketika sy di SMKA SHAMS, pelajar-pelajar dan guru-guru di sana juga sering menyebut tentang kehebatan suasana dan pembelajaran di UIAM. Ketika sy menghadiri Kem Motivasi Penghayatan Islam (KMPI) dan juga Tamrin Nuqaba’di sekolah , ramai di kalangan ALUMNI SHAMS yg turun menjadi fasilitator ketika itu menta’arufkan dan memperkenalkan diri mereka, dan kebanyakannya menyebut nama UIAM sebagai tempat pengajian mereka. Suasana ini telah membuatkan sy lagi berkobar-kobar dan bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke UIAM Gombak..nama UIAM teus bermain-main di fikiran sy..


Alhamdulillah, tibalah saat yg dinantikan. Hati sy berasa begitu gementar sekali. Bagaimanalah agaknya keputusan SPM sy. Alhamdulillah, keputusan yg sy dapat semuanya lulus. Tidak ada yg gagal. Jauh di sudut hati sy, sy mengucapkan syukur kpd Allah. Sebenarnya, sy ni merupakan pelajar yg paling lemah dalam subjek Matematik Tambahan dalam kelas sy. Jadi, risau lah jugak kan. Manalah tau, fail ke kan dalam subjek matematik tambahan..Alhamdulillah, ada beberapa A, beberapa B, dan satu C..alhamdulillah, tidak putus-putus sy mengucapkan hamdalah kpd Ilahi..sebulan sebelum keputusan SPM keluar, sy ada berjumpa dgn kaunselor sekolah, Puan Azmah utk bertanyakan pendapat beliau berkenaan pilihan yg terbaik utk melanjutkan pengajian ke menara gading..pada ketika itu, kata beliau, standart yg di keluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, mengatakan bahawa, barangsiapa yg ingin belajar ke Matrikulasi KPM, bagi mereka yg jurusan sastera pengajian islam, hanya jurusan perakaunan sahaja yg diberikan. Tidak ada jurusan lain. Tidak kira di mana-mana Matrikulasi KPM pun. Jika mereka yg telah mengisi tawaran Matrik KPM di terima belajar di Matrik, permohonan mereka di UPU akan terus di tolak. Kenyataan ini telah membuatkan sy berasa begitu kecewa sekali. Kenapa jurusan bahasa arab tidak di perkenalkan di Matrik KPM? Kenapa permohonan ke UPU terus di tolak serta merta? Majoriti rakan-rakan sy ketika itu, kesemuanya telah mengisi borang tawaran utk menyambung pelajaran di Matrikulasi dan juga UPU..sy ingin sangat menyambung pengajian sy ke peringkat universiti dalam jurusan bahasa arab. Jadi, dgn semangat dan keyakinan yg ada ketika itu, sy membuat keputusan agar tidak mengisi borang permohonan ke Matrikulasi KPM. Sy hanya mengisi permohonan UPU sahaja. Risikonya sangat tinggi sekali bg sy..jika, permohonan UPU sy ditolak, bermakna sy perlu masuk dan belajar ke tingkatan enam..Alhamdulillah, saat keputusan UPU pun tiba..sy di terima masuk untuk belajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan asasi bahasa arab. Lafaz syukur kpd Allah tidak henti-henti sy ucapkan..Belajarlah sy di sana selama 2 tahun..


Kini, setelah tamat 2 tahun sy belajar di Pusat Asasi UIAM, saat untuk melangkahkan kaki ke medan yg sebenar telah tiba. Pasti, banyak mehnah-mehnah dan tribulasi yg perlu sy tempuhi..tanggal 7 julai ini merupakan tarikh keramat sy menjejakkan kaki di sana..pasti suasananya berbeza. Belajar di alam matrikulasi sudah pasti tidak sama jika belajar di alam Universiti..corak pemikiran harus di ubah. Corak pembelajaran harus di perkemaskan. Corak kehidupan harus di betulkan. Pengurusan kewangan haruslah di susun dgn teratur. Utamakan yg mana patut di dahulukan..Pengurusan minda juga haruslah di pertingkatkan..



Felda Palong 9 terletak di kawasan DUN N6 di daerah Jempol, N9


Barisan sahabat-sahabat fasilitator dan kepimpinan ALTIS


Pada saat ini juga, Abg Hazwan dan sahabat2 Akademi Latihan Tinta Strategi(ALTIS) pasti sedang sibuk menyiapkan pengurusan bagi program Khalifah Camp II di Felda Palong 9 yg akan di jalankan pada 3-5 Julai ini. Nak siapkan kit peserta, kit fasilitator, name tag peserta, name tag fasilitator, fail peserta, kelengakapan dalam fail, Ya Allah, banyaknya..Jauh di lubuk hati sy, sy ingin sangat menyertai sahabat2 semua bagi kita sama-sama meneruskan agenda pentarbiyahan dan pencerahan anak-anak muda di sana yg dahagakan transformasi diri mereka sendiri. Nak buat camne, urusan pendaftaran sy ke UIAM Gombak perlu di teruskan..buat abg hazwan dan sahabat2 ALTIS, teruskan usaha sahabat2 semua. Jangan mudah mengalah dan putus asa. Moga program kita kali ini terus sukses dan mendapat tempat di hati mereka semua..Sy perlu kuatkan diri. Sy perlu kuatkan semangat dan cita-cita sy. Kita semua perlu sama-sama memasang cita-cita..Jadikan hari semalam sebagai satu pengajaran dan pelajaran untuk kita semua..May Allah bless us! Sekadar perkongsian bersama..

Monday, June 15, 2009

Khalifah Camp di Bumi Pasoh-Jelebu!

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg dimuliakan,

Pertamanya, lafaz kesyukuran kpd Allah, Rabbul Jalil kita semua panjatkan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi'in dan seterusnya tabi' tabi'in..

InsyaAllah, di kesempatan ini, dgn berbekalkan sedikit ilmu yg Allah berikan, dgn sedikit keupayaan untuk menaip, untuk melihat, dan mentafsir yg Allah berikan, ingin sy teruskan agenda diri, agenda pencerahan anak muda yg ingin melihat jiwa-jiwa muda di sekitar dan dari kejauhan terus di basahi dgn Nur ImanMu Ya Allah..terus di hujani dgn agenda da'wahMu Ya Allah..



Alhamdulillah, pada 9-11 Jun yg lepas bertempat di Masjid Ubudiah, Felda Pasoh 1, telah berlangsungnya satu program yg di namakan Khalifah Camp anjuran Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah (SMATT) dan Akademi Latihan Tinta Strategi (ALTIS)..alhamdulillah, seramai 94 peserta yg berumur lingkungan 9-15 tahun telah selamat menyertai program..

Perjalanan yg memenatkan dan menjerihkan dari Seremban ke Pasoh-Jelebu tidak pernah melunturkan semangat 3 Urusetia Program dan 17 org Fasilitator..jarak yg hampir sejauh 80 KM memang luar biasa..walaupun tetap di dalam Negeri Sembilan, tapi perjalanan utk sampai ke Pasoh memang jauh..terletak di Ulu Negeri Sembilan..

Sewaktu tiba di Masjid Ubudiah, hati sy betul-betul tersentuh apabila melihat 2 org peserta muslimat yg berumur 9 tahun datang kpd kami dan berkata " Ustaz! Bila start pendaftaran? sy x sabar2 ni? " ..MasyaAllah, sy kagum melihat semangat adik tersebut..Kami ketika itu, cuma 5 org sahaja..Rancangan asalnya sebenarnya kami 20 org urusetia dan fasi akan tiba bersama-sama, tetapi hanya 5 org yg sampai dahulu..yg lain terkandas di tengah jalan kerana bateri kereta lemah dan enjin x dapat nak di hidupkan..Benarlah, ' wamakaru wamakarullah, wallahu khairul makirin , perancangan kita perancangan Allah, Allah lah sebaik-baik perancang '. Tinggallah kami berlima meneruskan urusan pendaftaran adik-adik..apa yg menyebabkan sy tersentuh buat kali yg keduanya, sy terdengar pesanan dari seorang ibu kpd salah seorang dari peserta tersebut dan berkata ' nak, belajar rajin2 ye. Jgn susahkan ust dan ustazah ye. '..




Tema program ialah 'KHALIFAH'! Penerapan kuliah dan bengkel2 berunsurkan Khalifah dan kepimpinan merupakan batu asas dalam memastikan jiwa-jiwa muda di sana terus sedar dan cakna tentang pentingnya seorang Khalifah di muka bumi Allah..Allah meletakkan bahawa tujuan manusia di ciptakan oleh Allah di muka bumi Allah ini adalah yg pertamanya untuk menjadi Khalifah, pentadbir yg mentadbir bumi, menjadi hamba Allah yg sepatutnya menyembah Allh dan melaksanakan apa yg di suruh dan meninggalkan apa yg di larang..

Antara aktiviti yg di jalankan ialah amali solat, motivasi, permainan, latihan dalam kumpulan, malam aman palestin, kembara malam, dan sebagainya. Alhamdulillah, semua aktiviti yg di rancang berjalan dgn lancar dan baik..Peserta lelaki dan urusetia serta fasilitator lelaki ditempatkan di Masjid dan peserta perempuan, urusetia dan fasilitator perempuan masing-masing di tempatkan di rumah angkat berhampiran masjid. Ternyata hubungan uhkwah antara peserta, fasi dan keluarga angkat sangat erat dan utuh berikutan mereka semua tinggal sebumbung..











Alhamdulillah, pada hari yg terakhir, kami telah mengadakan sedikit sesi meditasi muhasabah kpd adik2 di sana. Rata-rata mempunyai masalah dalaman yg tersendiri..ada jugak yg mempunyai masalah sosial yg agak kritikal..justeru, pada sesi meditasi muhasabah tersebut, kami banyak menekankan tentang aspek Islam yg sebenar dalam diri mereka..pengorbanan ibu dan ayah dalam membesarkan mereka..peringatan tentang hari kematian dan hari akhirat..akhirnya, hati yg ego dan tinggi dapat di lembutkan dgn alunan zikrullah..Subhanallah..Kelihatan ramai yg mengalirkan air mata kekesalan apabila di peringatkan tentang ibu dan ayah..pengorbanan ibu melahirkan dan membesarkan mereka menyebabkan hati mereka mudah tersentuh..Maha Suci Allah..Benarlah, 'ala bizikrillahi tatma'innal qulub'..dgn mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang..titisan permata membasahi pipi dan wajah..Ketikak inilah, para fasilitator memainkan peranan yg sangat penting..menenangkan adik-adik dengan memberikan sentuhan kasih sayang sebagai seorang kakak kpd adik, sebagai seorang abg kpd adik..indahnya pertemuan dan ukhwah ini Ya Allah!





Menjadi fasilitator bukanlah suatu tanggungjawab untuk di megah-megah dan nampak hebat. Ianya merupakan tugas yg berat dan pastinya akan di soal oleh Allah di akhirat kelak. Tugas membimbing dan mendidik adik-adik seharusnya di jalankan dgn hati yg ikhlas dan bersih..Hanya mereka yg mempunyai hati yg bersih dan subur dapat menghidupkan hati-hati yg lain..Ianya bukan setakat kita semua mentarbiyah adik-adik, tapi dalam masa yg sama juga, ianya mentarbiyah diri kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi..Moga-moga, usaha yg kami lakukan ini sedikit sebanyak dapat menjadi jawapan kpd pesoalan Allah di akhirat kelak..Kalau bukan kita yg inginkan suatu transformasi dalam diri mereka siapa lagi? adakah kita hanya perlu menunggu org lain melakukannya? Ingatlah, Allah menjadikan kita semua serba kekurangan, tidak ada yg sempurna..Justeru, janganlah asyik dgn perkataan ' aku tidak layak, aku tidak layak untuk mentarbiyah org lain ' . Kalau kita semua mahu tunggu kita layak, sehingga bila? sehingga kita semua dah dapat segulung degree dan master? Ketika itu baru kita semua ingin menyumbangkan bakti kpd mereka? Jikalau ketika itu baru kita sedar, pasti ianya sudah terlambat..adik-adik kita sudah pasti hanyut di telan budaya hedonisme yg melampau..Sekadar perkongsian bersama.

Ahmad Taufiq Redzuan
Pengurus Akaun/Fasilitator
Akademi Latihan Tinta Strategi (ALTIS)
www.altis-academy.blogspot.com

Sunday, June 7, 2009

Forum Intelektual Mahasiswa


Marilah kita sama-sama memeriahkan forum tersebut. Islam Memimpin Perubahan..Semua dijemput hadir!

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:

Ahmad Taufiq Redzuan
www.soutul-haqqani.blogspot.com

Muhammad Hafizan B. Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com

Friday, May 22, 2009

Jejak Kasih Bani Abbasiyyah- SIRI 2

Assalamualaikum kpd sahabat-sahabat yg di muliakan?

Alhamdulillah, pertamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah, pencipta sekalian alam yg sentiasa memberikan rahmatnya kpd kita semua sebagai hambanya, selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para syuhada’, para sahabat-sahabat, tabi’in, dan juga para tabi’ tabi’in..

InsyaAllah, pada post kali ini yg bertajuk ‘ Jejak Kasih Bani Abbasiyyah ’ akan menyelongkar dan menyelusuri sejarah dan serba sedikit maklumat berkaitan dgn Kerajaan Islam Abbasiyyah yg agung pada ketika dahulu..insyaAllah..

Kerajaan Bani Abbasiyyah ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad yg merupakan empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Islam Bani Umayyah. Kerajaan Islam Bani Abbasiyyah telah merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummayyah dalam medan peperangan. Kerajaan Bani Abbasiyyah ini telah berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.



Kawasan taklukan dan pemerintahan semasa Kerajaan Islam Bani Abbasiyyah

Di dalam sejarah Islam juga ada mengatakan bahawa yg keturunan Abbasiyyah ini datangnya dari Saidina Abbas b. Abdul Muthalib yg merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, mereka merasakan bahawa mereka layak untuk menjadi khalifah kerajaan Islam memandangkan mereka adalah daripada salasilah keturunan Nabi.
Kerajaan Abbasiyyah amat bergantung kepada sokongan orang Parsi dalam usaha mereka menjatuhkan Kerajaan Bani Umayyah. Pengganti Khalifah Abu al-Abbas, Al-Mansur, memindahkan pusat pemerintahan mereka daripada Damsyik ke Baghdad di Iraq berhampiran dgn ibu negara Parsi lama, malah mereka juga menggunakan kembali batu-batu dari binaan Parsi bagi membina bangunan di pusat pentadbiran baru mereka. Apabila kuasa Bani Bani Abbasiyyah mulai merosot pada pertengahan abad ke sepuluh, terdapat tempoh perpecahan yang berlarutan. Punca utama kelemahan Bani Bani Abbasiyyah adalah kemerosotan asas ekonomi utama mereka, kekayaan dari perladangan di lembah Tigris-Euphrates.


Wilayah pemerintahan semasa zaman Khalifah Harun Al-Rasyid


Selain itu kerajaan Abbasiyyah turut menghadapi cabaran di dalam dan luar negara. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Abbasiyyah memutuskan untuk mencipta sebuah unit angkatan tentera yang setia kepadanya yang kebanyakan datang daripada hamba berbangsa Turki yang dikenali sebagai Mamluk. Pasukan ini yang dicipta sewaktu zaman Khalifah Al-Ma'mun dan zaman pemerintahan Khalifah berikutnya iaitu Khalifah Al-Mu'tasim Pasukan tentera ini berjaya menghalang empayar Islam ini daripada terus diancam.


Antara sumbangan Kerajaan Islam Bani Abbasiyyah ialah :

Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.

Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti

terjemahan bahasa asing ke bahasa arab. Bahasa asing spt: Yunani,

Sanskrit, Suriani .

Baitulhikmah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al-Makmun Harun al rashid.

Kegiatan utama:

Terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani.

Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan

hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah. Ulama terkenal spt Imam Malik

( Al- Muwatta ), Ibn Ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu Habifah ( Fikah

dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, dan

Imam Ahmad Hanbal.

Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.


Syiling semasa zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid


Kelebihan terjemahan:

Terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya.Hurai dan buat penambaikkan dengan memuatkan keterangan dan ulasan.

Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah.

Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah ke bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah.

Kesan perkembangan ilmu:

Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance.

Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai.

Keterbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam.

Cendekiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal.

Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu.

Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat sehinggalah ke abad ke dua belas, apabila negara barat maju kehadapan dengan sebahagiannya dari apa yang dipelajari mereka daripada Islam. Dalam bidang ekonomi, barat menyerap pengetahuan dalam bidang pengaliran, penanaman tanaman baru, penghasilan kertas, penyulingan. Tahap pengaruh Islam kepada ekonomi barat dapat dilihat dalam sejumlah besar perkataan Inggeris yang berasal daripada Arab atau Persia. Antara lain adalah traffic, tariff, magazine, alcohol, muslin, orange, lemon, alfalfa, saffron, sugar, syrup, dan musk. Dalam bidang sains pula perkataan seperti algebra, cipher, zero, nadir, amalgam, alembic, alchemy, alkali, soda, dan almanac.


Istana Kerajaan Islam Bani Abbasiyyah

Pada saat-saat kejatuhan Kerajaan Islam Bani Umayyah, Hulagu Khan menyerang dan memusnahkan Baghdad pada 10 Februari 1258, menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak. Al-Musta'sim, pemerintah terakhir Abbasiyyah kemudiannya dihukum bunuh pada 20 Februari 1258. Banyak buku-buku rujukan yang tidak ternilai musnah akibat serangan Mongol ini. Adalah dikatakan bahawa seramai 800,000 penduduk Baghdad mati dibunuh oleh tentera Mongol. Sekadar perkongsian bersama..







Friday, May 15, 2009

Hari-hari untuk guruku


Assalamualaikum kpd sahabat-sahabat yg di muliakan,


Innal hamdulillah, marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Al-Khaliq, pencipta yg telah menciptakan kita semua sebagai hambanya, yg sentiasa melimpakan rahmat, rezeki dan inayahnya kpd kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, dan para sahabat, tabi’in, dan juga tabi’ tabi’in, alhamdulillah.


Alhamdulillah, di kesempatan ini, Allah masih memberikan sy ruang utk menulis, menginterprestasikan apa yg sy rasa, dan utk meluahkan hasrat di hati dgn harapan ianya boleh menjadi panduan dan dorongan utk kita semua menempuh kehidupan di muka bumi Allah ini, insyaAllah.


Dalam beberapa jam lagi, tanggal 16 Mei akan menjelang dan secara simboliknya di Malaysia, tanggal 16 Mei ini merupakan saat atau hari yg di tunggu-tunggu oleh semua guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, pensyarah-pensyarah, dan tidak lupa juga murid-murid, pelajar-pelajar, mahasiswa dan juga mahasiswi untuk menyambut sambutan Hari Guru Malaysia..


Di kesempatan yg ada ini, sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih/ syukran jazilan/ toce / nandre / arigato gozaimasu / tesyekur edirem / kpd semua guru-guru, ustaz-ustazah, pensyarah-pensyarah yg selama ini telah mendidik sy, memberikan tunjuk ajar dan yg paling penting sekali telah mencurahkan ilmu kpd sy sehingga sy menjadi seperti yg sekarang.


Selamat Hari Guru khususnya di ucapkan kpd semua guru, ustaz, ustazah, pensyarah, yg telah mengajar sy di :




PASTI Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim







SK Jalan Semenyih 2, Kajang, Selangor Darul Ehsan





SK Angkatan Tentera, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim





SK Ulu Tiram, Ulu Tiram, Johor Darul Ta'zim





SK King George V, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus




SMK Dato' Haji Mohd Redza, Sikamat, Negeri Sembilan Darul Khusus





SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus





Pusat Asasi UIAM, Kampus Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan





Pusat Asasi UIAM, Kampus Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus


BAIT-BAIT INI KU DEDIKASIKAN KHUSUS UNTUK SEMUA PENDIDIK DI MALAYSIA


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


Selamat Hari Guru juga di ucapkan kpd semua guru-guru di Malaysia. Semoga Allah memberkati kamu semua dan melimpahkan rahmat dan rezeki yg mencurah-curah kpd kamu semua..



.: Selamat Hari Guru :.

Dari anak muridmu : Ahmad Taufiq B. Redzuan

Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Heritage

International Islamic University of Malaysia